Pages

Sunday, September 6, 2015

Pagar rumah dengan ayat Al-Quran

Bila masuk rumah baru, antara perkara yang perlu dilakukan ialah pastikan pagar rumah dalam keadaan baik. Zaman sekarang ni, pagar rumah dah jadi macam satu keperluan. Rumah yang berpagar dan berkunci pun kena pecah juga. Setelah kita berusaha, urusan selebihnya serah kepada Allah s.w.t.

Dalam Islam untuk memastikan rumah dan isi rumah terselamat dari sebarang jenayah dan gangguan, jangan dilupa untuk memagarnya dengan ayat-ayat suci Al-Qur’an Al-Karim. Rumah yang tidak dibaca dengan ayat Al-Qur’an di dalamnya seumpama kubur yang gelap, suci dan sepi. Oleh itu janganlah kita jadikan rumah kita seumpama kubur.


Trend sekarang ramai yang telah berminat semula kepada cara Islam termasuklah dalam urusan memagar rumah. Rumah dipagar bukan sekadar dari pelakuan jenayah, tapi yang lebih utama dari gangguan makhluk halus seperti iblis, syaitan, jin, sihir dan sebagainya. Tapi yang masalahnya, ada kumpulan tertentu yang menjadikan urusan memagar rumah ni sebagai bisnes. Kos untuk memagar rumah bergantung kepada keadaan rumah dan pemiliknya. Paling murah pun kosnya RM500 ke atas. Kalau sehari boleh pagar sebiji rumah, sebulan dapat 10 biji rumah pun dah cukup.


So untuk menjimatkan kos, dan mudah-mudahan lebih berkat, eloklah buat sendiri. Sebab kalo diri sendiri yang berdoa kepada Allah s.w.t, Insya Allah doa tersebut lebih kyusuk dan mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkannya. Terdapat banyak ayat untuk memagar rumah yang menjadi amalan ulama terdahulu. Kalau buka tafsir Ibn Kathir, boleh rujuk tafsiran surah Al-Baqarat bab fadhilat dan kelebihan surah Al-Baqarat. Ada ayat yang berkaitan dengan pendinding rumah agar tidak dimasuki oleh syaitan. Amalan ayat untuk memagar rumah antaranya:


1. Keseluruhan surah Al-Baqarah. Kalo baru nak masuk rumah/baru pindah, sebelum mula tidur kat rumah tu eloknya baca satu surah Al-Baqarah dalam rumah tersebut. Lagi bagus kalo ada ramai yang boleh membaca, setiap orang baca pada setiap penjuru rumah. Sebab rumah yang dibacakan dengan surah Al-Baqarah syaitan tidak akan masuk. Kalo jin dan syaitan sedia ada dalam rumah tersebut, maka ia akan bertempiaran lari. Kalo dapat diulang bacaaan surah Al-Baqarat ini sebanyak tiga kali.


2. Sekiranya rasa agak berat untuk membaca surah Al-Baqarah secara keseluruhan disebabkan oleh halangan-halangan tertentu, makan ringkasannya dengan membaca 11 ayat dari surah Al-Baqarah. Ayat-ayat tersebut ialah:

Nombor ayat
Ayat
1-5
الـم (1) ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5)
255-257
اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ (255) لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (256) اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
284-286
لِلَّهِ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّهُ فَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (284) آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ  مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (285) لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (286)


Seterusnya membaca 4 ayat dari surah Ali ‘Imran dan 1 ayat dari surah Al-Mukminun:

Ali ‘Imran
Ayat
18-19

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (18) إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ (19)
26-27
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (26) تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (27)
Al-Mukminun
Ayat
29
وَقُلْ رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ (29)

Langkah seterusnya, laungkan azan dekat setiap bilik dan setiap penjuru rumah. Setelah selesai azan maka rejamkan syaitan/iblis/jin dengan membaca ayat dibawah ditapak tangan kemudian isyaratkan lontaran ketiang sebanyak tiga kali. Bacaan tersebut ialah:


بِسْمِ اللهِ اَللهُ أَكْبَر اَللهُ أَكْبَر اَللهُ أَكْبَر، رَجْمًا لِلشَّيْطَانِ وَحِزْبِه


Maka selesailah urusan memagar rumah. Kalau dapat buat sebanyak 7 hari berturut-turut. Sekiranya tak dapat 3 hari berturut-turut. Kalau tak dapat juga, sekali pun oklah dari tak ada langsung. Paling TERBAIK baca tiap-tiap hari kat rumah. Bukan panjang pun ayatnya. Kalaulah kita perasan, semua ayat ni ada dalam Al-Mathurat kecuali ayat dari 18-19 surah Ali Imran dan ayat 29 dari surah Al-Mukminun. So Al-Mathurat kita baca setiap pagi dan setiap petang, ayat 18-19 surah Ali Imran pula kita baca dalam wirid selepas sembahyang dan ayat 29 surah Al-Mukminun plak kita baca setiap kali pulang dan masuk ke dalam rumah. Jadi, sebenarnya amalan harian kita ini adalah bacaan-bacaan untuk memagar rumah, so tak perlulah panggil orang untuk memagarkannya. Insya Allah memagar rumah dengan ayat-ayat Al-Qur’an lebih hebat dari mengawasinya dengan CCTV.

Thursday, September 3, 2015

Wirid Selepas Solat

Bismillahirrahmanirrahim

Selepas solat, janganlah kita terus bangun, berwiridlah sebentar.

Wirid Selepas Solat:



Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang Hidup dan Berdiri Dengan SendiriNya, dan aku bertaubat kepada-Nya

Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan, bagi-Nya segala puja. Dialah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu

Ya Allah Tuhan kami, jauhkanlah kami dari api neraka

Ya Allah, Engkau sejahtera, dan daripada Engkau kesejahteraan, dan kepada Engkau kembalinya kesejahteraan itu, maka hidupkan kami dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami kedalam syurga, negeri yang aman sejahtera
Bertambah-tambah berkat-Mu, Tuhan kami, dan Maha Kuasa, wahai Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2)Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).(4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(7)


Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (Al-Baqarah ayat 163)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah ayat 255)



Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Ali-Imran ayat 18)
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (Ali-Imran ayat 19)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (26) Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (27)
(Ali-Imran ayat 26-27)


Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (1) "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (2) "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (3) "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya  (Al-Ikhlas ayat 1-4)



Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (1)"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2)"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (4) "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". (5) (Al-Falaq ayat 1-5)


Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. (1) "Yang Menguasai sekalian manusia, (2) "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, (3) "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - (4) "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - (5) "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (6) (An-nas ayat 1-6)










Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2)Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).(4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(7)




Tuhanku/kami, Penjagaku/kami

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya




Segala puji bagi Allah

Segala puji bagi Allah, Penjaga sekalian alam, ke atas tiap-tiap perkara dan kenikmatan


Allah Maha Besar

Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan keEsaanNya, tiada sekutu baguNya, bagiNya segala pemerintahan dan bagiNya segala kepujian, Dialah yang menghidup dan mematikan, dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

(sumber wirid dari: al-ehsaniah.blogspot.com, terimakasih).


Alhamdulillah

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Kata ustaz lagi... 
Setelah kita selesai berwirid,  berdoalah terlebih dahulu.. mohon doa ke hadrat Allah sebelum kita bangun meninggalkan tikar sembahyang.  

Firman Allah dalam ayat 60 Surah al-Ghaffir
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."


Pesan ustaz, awali dan akhiri-lah doa dengan ucapan 'Alhamdulillahirabbil'alamin' diikuti dengan berselawat ke atas Nabi SAW.

Dari Abu Hurairah ra dari Rasulullah SAW, sabdanya:
"Segala perkara yang mempunyai kepentingan - menurut syara' - yang tidak dimulai melakukannya dengan ucapan Alhamdulillah, maka perkara itu menjadi kurang keberkahannya."
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan lain-lainnya.

Dari Fadhalah bin 'Ubaid ra, katanya: "Rasulullah SAW pernah mendengar seseorang yang berdoa dalam solatnya, tetapi ia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat pada Nabi SAW., lalu Rasulullah SAW bersabda: "Tergesa-gesa sekali orang ini,' kemudian orang itu dipanggilnya.  Nabi SAW lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga:  "Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulai dengan mengucapkan puji-pujian kepada Tuhannya yang Maha Suci serta puja-pujaan padaNya, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi SAW., seterusnya bolehlah ia berdoa dengan apa yang dikehendaki olehnya."
Diriwayatkan oleh imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis shahih.

Allah Ta'ala berfirman; yang bermaksud:
"Katakanlah: "Segala puji-pujian itu adalah bagi Allah."  (al-Isra':111)

Allah Ta'ala berfirman pula:
"Dan akhir doa mereka - dalam syurga - ialah bahawa segenap puji-pujian itu adalah bagi Allah yang Maha Menguasai seluruh alam."   (Yunus: 10)
Istiqamah kita dalam amalan InsyaAllah.

Nota editor: Artikel ini dikongsi kembali dari blog matahari-mama sebagai info kepada semua agar dapat dipelihara untuk rujukan akan datang. Jika terdapat kesalahan pada artikel atau melanggar hukum, peraturan arau undang-undang, anda boleh menghubungi kami agar tindakan dapat diambil dengan segera.

Sunday, August 4, 2013

Doa Selepas Tahiyat Akhir

Sabda Rasulullah s.a.w. “Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir, hendaklah kamu berdoa memohon perlindungan kepada Allah terhadap empat perkara : Berlindung daripada azab jahannam, daripada azab kubur, daripada ujian hidup dan mati; serta berlindung daripada kejahatan al-masih ad-dajjal”. (HR Muslim)

Dalam riwayat lain : “Apabila kamu selesai bertasyahhud, hendaklah memohon perlindungan dengan Allah daripada empat perkara, baginda membaca : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab jahannam, dan daripada azab kubur, dan daripada fitnah hidup dan mati, dan daripada keburukan fitnah masih ad-dajjal”. (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Aisyah RA : Sesungguhnya Nabi SAW berdoa di dalam solat :

”اللَّهُمَّ إني أعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَأعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَسيحِ الدَّجَّال، وأعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَحْيا والمَماتِ، اللَّهُمَّ إني أعُوذُ بِكَ من المأثمِ والمَغْرَمِ”

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah masih ad-dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada hambatan dosa dan hutang”. (HR al-Bukhari dan Muslim)...

Daripada Ali RA, katanya : Rasulullah SAW, apabila bersolat, bacaan terakhirnya antara tasyahhud dan salam :

”اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي ما قَدَّمْتُ وَمَا أخَّرْتُ، وَمَا أسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أسْرَفْتُ وَمَا أنْتَ أعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أنْتَ المُقَدِّمُ وأنْتَ المُؤَخِّرُ لا إِلهَ إِلاَّ أنْتَ”

“Ya Allah, ampunilah dosaku apa yang terdahulu dan yang terkemudian, apa yang tersembunyi dan apa yang terzahir, apa yang terlampau dan apa-apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Engkaulah yang Maha Terdahulu dan Engkaulah yang Maha Akhir, tiada Tuhan kecuali Engkau”. (HR Muslim)

Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash, daripada Abu Bakar as-Siddiq RA : Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW : “Ajarlah kepadaku satu doa, yang aku akan berdoa di dalam solatku”. Baginda menjawab:

”قُلِ اللَّهُمَّ إني ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ، فاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحمْنِي إنَّك أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيم”

“Bacalah : Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak; oleh itu tidak ada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau. Ampunilah aku dengan keampunan dariMu, rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (HR al-Bukhari dan Muslim)

Sumber: http://amalan-harian.blogspot.com

Sunday, July 28, 2013

Sunnah Ramadhan: Tidak berkelahi dan bercakap kotor

Rasulullah s.a.w bersabda,

Pada hari seseorang daripada kamu berpuasa, janganlah bercakap kotor pada hari ini dan janganlah berteriak. Jika seseorang mencela atau memeranginya, maka katakanlah, "Sesungguhnya aku seorang yang berpuasa". (Riwayat Muslim)